Spagetti Bolognese

EntriesAboutDarlinksCredits


SPAGETTI


Hello,this is Spagetti BOLOGNESE territory. welcome and enjoy our short story in life. Owned by ROY MOCK zACK and ENDY Peace :)

Screams


pernah tak rasakan
Thursday 11 April 2013 | 0 comments
pernah tak rasakan
tali yang erat terpintal?

pernah tak rasakan
hati yang bersatu pukal?

pernah tak rasakan
jiwa yang saling berikat

pernah tak rasakan
duka yang sentiasa terawat?

pernah tak rasakan
pengalaman semanis madu?

pernah tak rasakan
perjalanan lelah yg tak pernah buntu?

pernah tak rasakan
kekosongan yang sentiasa terisi?

pernah tak rasakan
gelak hilai tanpa sedari?

pernah tak rasakan
sumpah setia tak pernah terpudar?

pernah tak rasakan
semangat gigih suatu gemar?

pernah tak rasakan
persahabatan itu?

ye saya ada semua itu!



atas nama persahabatan



ni cerita pasal kita berempat
berkawan atas nama persahabatan
persahabatan yang selamanya kekal
kekal dalam memori sepanjang zaman


orang cakap kita macam
isi dengan kuku
aur dengan tebing
air dicincang takkan putus


berkawan la selagi hidup di dunia ini
satu benda yang aku mampu berikan
bahu yang akan menadah setiap kesedihan dan kemenangan
bahu yang akan memberi keselesaan dan kesenangan


kita semua memang rapat
kalau berjumpa macam-macam cerita dapat
tapi satu benda yang aku janji
kau takkan lupa atas nama persahabatan ini
yang mana aku janjikan pada kau nanti
satu memori yang takkan luput dari ingatan
ingatan yang akan di bawa sampai ke mati










Si MSG: Pelengkap Rasa
Wednesday 28 November 2012 | 0 comments
suram bilik pagi ni. syahdu melihat teman sebilik di pembaringan kerana sakit yang ditanggung. kipas berputar ligat mengalunkan angin ke serata bilik. langsir oren yang menutupi separuh tingkap diselak luas membiarkan sinaran matahari tersebar keseluruh pelosok bilik ni. jari jemari tekun berteleku di papan keyboard menghidupkan suasana kesuraman pagi ni. kudapan yang ada laju dipenuhkan ke mulut bagi mengisi segenap ruang perut yang ada. (padahal baru lepas isi perut pagi tadi kat pasar). pagi yang indah hari ni diserikan dengan entry baru pasal teman berjoyah kami, R O Y. penghujung entry sebelum ni ade pasal berkias kias pasal si roy. and siapa si R O Y ni sebenarnya????

kalau cerita pasal zek, mock dengan endy ni ala ala 4 rencah 4 rasa, roy ni la penambah rasa mereka bertiga. mana taknya, dia la yang penaik seri ORANG KATA. kalau takde si roy ni, hambar je rase. kalau si zek tu ibarat garam, si mock tu gula and si endy tu cuka, roy ni persis MSG gituwwww. MSG dalam masakan memang sedap. kalau tambah garam, gula and cuka sedap tapi kalau tambah MSG ni lagi sedap. ni habaq ni, korang tau tak MSG tu ape? bukan message or massage okayyy, MSG ni monosodium glutamat. additional flavor omputeh kate.

mock kenal roy ni dari kawan mock nama dia pajelina tan yu fei. pajelina ni ala ala cina jugak sekali pandang.mcok ni pun penah gak tak suka si roy ni sebab roy ni agas dari KL woi. nak dijadikan cerita, masa tahun kedua di universiti, si mock, pejelina, roy ni dapat jadi satu team untuk subjek ni. roy ni memiliki sepasang mata coklat coklat jugekk, ala ala zek gituwww. muka ala ala putih kemerah merahan tapi maap sekarang ni makin hitam. susuk tubuh yang comel and a bit chubby (==") menyerlahkan lagi pesona si roy ni. roy ni tak berapa tinggi and tak berapa rendah sangat. rendah sikit dari zek, mock tinggi sikit dari si endy. pepandaila korang imagine. okay, si roy ni punya persamaan macam zek, mock, endy. depa ni suka sangat makan. paling best, semuanya di bedal. roy ni paling suka bercerita bab bab kepam ke, kap kap cinta ke, gossiping ke dia la yang paling KENCANG bercerita. lagi satu, roy ni la paling keling dalam kumpulan dorang 3 orang tu. roy ni memiliki satu perangai. dia selalu perasan dia ni CANTIK. well, depa semua mengiyakan je, "CANTIK si roy ni". heuheuheu. roy juga memiliki deria bau paling tajam, kalau bab bau kepam kepam ni, bau kaki busuk dia la orang pertama akan detect. si roy ni lebih kurang je mcam si mock. mereka ade 1st impression kat orang. kalau 1st dia tak suka orang tu, dia takkan suka sampai bebila. tapi si MSG ni la pelengkap rasa untuk garam gula dan cuka.

4 rencah 4 rasa ni dah ade ramuan lengkap. memasing mencakupi rase memasing. gula garam cuka dengan msg ni kalau tak ditambah dalam satu masakan, kau imagine la cemane rasenye. chemistry in cooking orang belanda cakap. suka duka, gelak tawa, pahit derita dikongsi bersama. paling penting sekali semua tidak melepaskan pucuk memasing macam enau dalam belukar. kemain nak keling peribahasa ibunda tu. =='. ekekekekke.



sama tapi tak serupa
Duduk duduk berteluku kat atas meja.dengan mesin tebu yang berbunyik nyaring berangin.Twitter dan FB di sign in.Buku dan kerja rumah bertimbun diatas meja sebelah.Tapi tersusun cantik.bukan sebab dah siap tapi tak bersentuh langsung.Headphone dibiarkan melekap di bibir telinga.PERFECT keadaan sekarang ni.Macam dalam novel.Student cemerlang KATANYA.hewhewhew.apa yg lagi ditakutkan jam samar2 dilihat.jarum pendek menunjukkan pkul 2 dan jarum panjang pukul 5.dalam hati, "esok ni terbangun ke pepagi ni woi kelas pukul 8.Kebiasaannya terbangun tapi xtahulah kan tertuang pulak.lewat ni.Hujan mula reda diluar.Tadi masa 2 jam sebelumnya kemain lebat lagi.Kalau lama lagi hujan ni mungkin banjir lagi area jalan reko tu.=.=".Tapi apa ada hal bukan aku yang menentukan hujan yang turun tu kan??takdir tuhan.kau nak pertikaikan???nescaya jatuh syirik engkorang nnt.

SAMA tapi tak SERUPA.Bunyik macam klishe kan?tapi nak buat macam mana,suka hatila sayalah nak tulis apa.bukan minda awak yang diperah untuk buat entry ni kan??apa ada hal??selalunya kita akan jumpa benda yang kita suka tapi orang lain x suka??betul??contoh,Saya suka makan donut.narlini suka makan donut tapi dengan topping cekelet.choi suka makan donut cecah air kopi,mona makan donut tapi donut kosong,kalau ade perisa die x makan.ajis makan donut tapi kalau donut tu keras sikit dia muntah.meon makan donut tapi nenek dia buat je.fiza makan donut sambal.kucing makan donut kalau die gila.(ada ke kucing makan donut,urban sungguh.)and bla bla bla.Objek tetap sama iaitu DONUT tapi banyak perspektif dan pandangan yang berbeza mengikut individu.Tapi saya makan semua donut kecuali donut mainan.hewhewhew.

Ceritanya kat sini  roy,andi,mock dan zek kebiasaannya mereka suka benda yang sama.Contohnya minum cha-time.Awak tahu x CHATIME???"awak x tahu.awak boleh buat tali gantung diri siap2 ok' =.=".Mereka,Suka sangat.Tapi x semua suka flavour yg sama.Zek lebih gemar mango puding,mock paling minat lychee tea,andi kebiasaanya dia akan memilih caramel coffee dan roy suka hawaian tea with aloe.Subjeknya sama.Tapi kepelbagaian tu membuatkan mereka semakin akrab.Mereka suka mentry (kemain agas mentry) benda2 yang baru.X kesahlah kalau2 x sedap janji try dulu.Tu yang sampai bergelodak tekak minum Poo Eh lychee dengan coco banana tu mentry punya pasal kan??Tapi xpe,inkuiri tu sesuatu yang baik.lagi banyak perasaan inkuiri lagi banyak pengalaman yg dikumpul.

Kadang-kadang x perlukan sesuatu yang sama pun,x perlu menyimpan niat yang sama,x perlu sekufu minda,x perlu sealir perasaan,x perlu minat yang serupa,x perlu PERSAMAAN.Kalau tiada kepelbagaian hambar hidup ni woi.Kau bayangkanlah tiap2 hari kau ngadap bihun goreng pagi petang siang malam agak2 ade terasa kembang x tekak???"hahhh tu ade yang dah muntah dah pun kan?".Tu yang bagusnya zek,andi,mock dengan roy ni.Mereka dari latar belakang yg berbeza,hobi yang x serupa,perasaan yang berlainan tapi mereka SATU.mereka SAMA tapi x SERUPA.

4 rencah 4 rasa
Tuesday 27 November 2012 | 0 comments
langsir tribal bercorak bunga bunga kecil beralun mengikut rentak angin sayup2 di tepi tingkap moden.Panas diluar jangan dikatalah kan,kalau dah putih tu boleh hitam sampai bleeding dihidung.Penat baru balik exam ditolak ketepi semata mata nak menari diatas keyboard compact mesin tebu.Haihhh,lame x menulis ni mau otak boleh bergelodak mencari versi bait2 puitis perkataan.Tapi tanpa 4rencah ni konpem rasa tak sesedap yang disangka.

RENCAH APA?

Dia Zek.Walaupun Zek terkenal dalam cerita Azura yang jamal Abdillah slalu berlakon tu tapi wajahnya,geraknya,liuk lentoknya amatlah tidak persis dengan jamal abdillah.hewhewhew.memiliki sepasang kaki chopstik yang panjang sudah membuatkan ramai gadis gadis waima lelaki lelaki yang kurang ketinggian bersedih sedihan.Diameter pinggang si Zek ni,rasanya satu pemeluk je dah boleh melilit pinggangnya.Memiliki wajah yang gelap2 sedikit,banyak bermain sukan semasa di sekolah KATANYA.Hidung yang x mancung sangat pun.Tapi berlagak setinggi hidung victoria bechkam.Sensitip dengan jerawat dan kulit terbakar dah sinonim dah dengan si Zek ni.Haihh dah macam pondan dah bila tengok.tapi xpelahkan.Tapi ape yang paling terbaik dekat si Zek ni matanya warna ala2 cekelet cekelet sikit.Hazel eyes.xpun dark brown.hurm xplak ditatap lama2 mata itu takut cinta jatuh ke hati.Kalau nak diceritakan perihal si Zek ni memang berjilid kitab kena terbitkan.Slow2 la jangan gelojoh,lelame engkorang kenal si Zek ni hah.Boleh di katakan Zek umpama garam.Garam kalau xada dalam masakan kau rasa sedap x??tawar memek.Dalam makanan kucing yg friskies tu ada garam jugak sebagai perasa.Sebab tu garam kalau xde dalam makanan HAMBAR jadinya.Zek ni persis macam garam.Garam tu sodium klorida.ion NA+ campur CL-.Zek banyak kebaikan.banyak jugak keburukan tapi dia biasanya tutup keburukan dia dengan cantumkannya dengan kebaikan.macam NACl.x boleh,na dengan cl duduk asing2 sebab x stabil.

Zek ade kawan,nama die Mock.cane nak citer eh??zek ni rasenya x pernah berkawan baik dengan si mock.Mock ni jenis suka create impression dekat orang.so,kalau mock x suka seseorang tu masa pandangan pertama.bermakna die x suka.Mock ni budak berkaca mata.Mula2 bila dipandang tengok clumsy gila,fashion criminal,serabut,dengan pakai spek yang bulat bingkai emas tu,memang x nmpak pun macam berumur lingkungan 20an.Mock ni jenis orang yang simple je tapi berhati tisu.WET TISSUE.Kau bagi la cerita sedih2 sikit kat dia,kau tgok airmata die murahhh sangat jatuh macam titisan air hujan.Rasanya cerita yg epik boleh buat Mock menangis ni cerita BOGOSHIPDA katanya.HAHA.Kemain kata jantan tapi menangis bagai nak rak.Tapi bila lama2 kenal si mock ni rasa bersatu je.Apa2 cerita masuk je kalau nak berborak dengan si mock ni.dari cerita gosip,cerita makan,cerita pakaian,PAKAIAN DALAM, semua la laju je dia bercerita.Mock ni umpama gula.Orang kata pemanis segala benda.Gula adalah gabungan polisakarida.Yang buat manis tu adalah sukrosa.sukrosa penting dalam badan.Sama lah dengan mock yg penting dalam hidup mereka.Tanpa mock hari hari mereka rasa x manis macam gula.Mesti ada yang kosong.

Andi.Andi antara zek dan mock kalau letak andi tetengah dah macam menara berkembar petronas sebab andi paling kecil.Kecil-kecil cili api bangi ok.kau jangan main-main.Andi ni kasar orangnya.kecik2 die ni minat rugbi.tu rasanya hafal jugak nama-nama pemain wallabies ke all black ke kan??obses sungguh.sampaikan zek bagi kat die satu kechain bola rugbi yg diperbuat dari kayu khas untuknya.Zek dah kenal andi lama.dorang memang dah rapat since tahun pertama dekat universiti.Yang merampas kebahagiaan friendship zek dengan andi ni mockla.Mock paling sekejap kenal dengan 2 orang tu.Sebab mock suka prasangka dekat Andi sebab Andi org negeri pantai timur.racist gak si mock ni.Tapi andi dah lama duduk persiaran kota metropolitan KL so macam bukan orang dari belah sana pulak bila diperatikan.Mentang2 duduk keyell kemain si Andi menongkat langit ye??Andi ni pulak macam cuka.Cuka memang x disukai sebab bau die busuk.tu frst impression.sama la macam dorang.dorang memang x suka si andi by first impression sebab andi orng belah pantai timur tapi andi ni agas jugak orangnya.Cuka ialah acetic acid.Acetic acid memang stabil dari segi appearance die,tapi bila dikenakan tindakbalas masih boleh diubah.Andi persis macam cuka.Dia stabil dari segi emosi,pemikiran dan tindakan TAPI jangan trigger dia untuk berubah menjadi seseorang yang lain.Dia mampu.Tapi cuka ni lah yang melengkapkan hari hari sekawanan agas ni.berkepit kehulur kehilir,makan sesama,duduk sebilik bersama yang paling penting 'kongsi bersama'..

Cuba campurkan gula+garam+cuka dekat satu2 lauk atau makanan.Nescaya kalau cukup sukatan dan betul kaedahnya memang sedap makanan engkorang.Dorang memang cope together.Walaupun perkenalan baru  beberapa semester tapi dengan persamaan yang ada diantara dorang menghidupkan suasana suram.analoginya kalau pokok dah separuh mati tu,disiram air, diletakkan  dibawah sinaran ultralembayung optimal dan diberikan baca nescaya subur pokok itu kembali.Segala suka duka dorang kongsi bersama2.Yang paling penting dorang ni x kuat JK aka jiwakacau.maintain je kebongokan dorang ni tambah tambah ada si ROY.sape ROY???hihi........